Essays24.com - Term Papers and Free Essays
Search

Mic 1946-1957

Essay by   •  December 20, 2016  •  Essay  •  1,530 Words (7 Pages)  •  1,168 Views

Essay Preview: Mic 1946-1957

Report this essay
Page 1 of 7

MIC 1946-1957

Pengenalan

Masyarakat India merupakan golongan minoriti  di Malaysia. Masyarakat India telah dibawa ke Tanah Melayu bagi tujuan memenuhi keperluan tenaga pekerja dalam sektor perladangan. Oleh itu, pada awalnya mereka hanya tumpukan perhatikan terhadap pekerjaan  mereka sahaja. Walau bagaimanapun lama-kelamaan mereka mula terpengaruh dengan pergerakan politik di negara India. Ramai di kalangan masyarakat didapati memberi sokongan kepada pergerakan kemerdekaan negara India di bawah pimpinan Shubash Chandra Bose.

Justeru, MIC telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1946 dan John Thivy telah menjadi presidennya  yang pertama. Objektif utama MIC pada masa berkenaan adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan India di samping mengawal penyebaran fahaman komunis di kalangan masyarakat India. Namun demikian , apabila India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, objektif MIC telah ditukar , di mana mereka mula memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan juga melindungi hak-hak komuniti orang India di Malaysia.

Pada awalnya , MIC bertindak berkerjasama dengan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang dipimpin oleh Tan Cheng Lock. Kedua-dua parti ini telah bertindak membangkang cadangan pembentukan Persekutuan. Akan tetapi ,usaha mereka telah gaagal. Ini mencerminkan bahawa pakatan MIC dengan AMCJA tidak berjaya.

Kemudian pada tahun 1951, MIC di bawah pimpinan PP. Narayanan telah menjalinkan hubungkan dengan Parti Independence for Malaya Party ( IMP ) yang ditubuhkan oleh Dato Onn bin Jaafar bagi mengukuhkan objektif politiknya. Pakatan ini juga gagal apabila IMP dan MIC hanya memenangi 2  daripada 12 buah kerusi yang dipertandingan dalam plihanraya 1952.

Menyedari hakikat ini, KL. Devasar pada tahun 1953  telah sedar kepentingan MIC untuk bergabung dengan Parti Perikatan. Malah Tun Sambanthan pada tahun 1955 telah melaksanakan aspirasi ini dengan bergabung bersama Parti Perikatan membentuk pakatan UMNO-MCA-MIC. Pakatan ini telah berjaya  memenangi 51 daripada 52 kerusi  dalam pilihanraya 1955. Kali ini MIC telah diberikan 2 kerusi. Pakatan ini seterusnya telah membawa kepada kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan ini telah memberi kesan atau pengaruh yang mendalam ke atas proses politik masyarakat India sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial di Malaysia.

Dari segi politik , MIC telah menggariskan beberapa objektif utama dalam perlembagaannya. Antara yang terpenting adalah untuk memastikan dan menegakkan kepentingan ekonomi, politik dan sosial masyarakat India  di Malaysia. Pada masa ini, kedudukan MIC di bawah pimpinan Tun Sambanthan boleh dikatakan agak mantap. Di mana , MIC mula mendapat pengiktirafan. MIC telah muncul sebagi Parti ketiga terbesar selepas MCA dan UMNO.

Selain itu, pada pilihanraya 1955 MIC telah diperuntukkkan sebanyak 4 buah kerusi parlimen dan 14 buah kerusi ADUN. Selain itu, MIC juga telah diberikan 2 menteri penuh dalam kabinet. Sementara pada pilihanraya 1964 pula MIC telah diberikan 3 buah kerusi parlimen dan 11 buah kerusi ADUN. Pada pilihanraya 1969 MIC telah diberikan 3 kerusi parlimen dan 10 kerusi ADUN. Ini membuktikan bahawa usaha Tun Sambanthan telah memberikan status politik kepada  masyarakat India.

Dari segi ekonomi pula, Tun Sambanthan menyedari pendapatan bulanan pekerja estet adalah rendah. Oleh itu, beliau sentiasa meminta penduduk pekerja estet supaya menjalankan aktiviti ekonomi sampingan seperti menjalankan kegiatan pertanian , menternak ayam, kambing,ikan dan sebagainya di sekitar penempatan mereka. Beliau juga meminta para pekerja estet untuk melaporkan kepada beliau jika terdapat majikan yang enggan berkerjasama dengan para pekerja. Hasil daripada ini, didapati di kebanyakkan estet pihak majikan telah membenarkan para pekerja untuk menternak lembu, kambing ,ikan dan ayam. Dengan ini hampir 89 % majikan telah membenarkan para pekerja untuk menanam sayuran. Dalam perkara ini, Tun Sambanthan juga telah meminta pihak Jabatan Haiwan dan Perikanan untuk mengajar mereke teknik-teknik menjalankan kegiatan itu.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan  masyarakat luar bandar, beliau telah memulakan satu projek pertanian secara intensif di Sungai Siput yang melibatkan hampir 200-300 orang dalam projek ini. Faktor ini telah mewujudkan peluang pekerjaan baru dan mengurangkan kadar kemiskinan. Projek pertanian dijalankan dengan bantuan seorang pakar pertanian khas dari Taiwan. Mengikut En. Ramani pakar pertanian Taiwan itu telah melatih seramai 200-300 orang pemuda. Didapati hasil yang diperolehi adalah diimport dari Taiwan. Melalui projek ini belia-belia India disekitar estet di kawasan  Perak tidak keberatan untuk mencari perkerjaan. Mereka ini melibatkan diri dalam projek pertanian dengan aktif dan tidak lagi menganggur.        

 

Selain itu, penubuhan Nation Land Finance Co-Operative Society Limited (NLFCS) oleh Tun Sambanthan juga telah memberikan kesan yang mendalam kepada ekonomi masyarakat India.Di mana, NLFCS  telah ditubuhkan pada 14 Mei 1960 dengan bermatlamat untuk membeli lading-ladang yang difragmentasikan secara ansuran daripada hasil jualan saham koperasi yang berharga $100 seunit.Bagi buruh ladang wang saham ini diambil melalui potongan gaji bulanan iaitu sebanyak $10.Walau bagaimanapun, NLFCS kurang mendapat sambutan. Oleh itu, Tun Sambanthan telah mengusahakan kempen-kempen mengenai NLFCS dari ladang ke ladang.Pada masa yang sama, aspirasi NLFCS turut disalurkan melalui akhbar-akhbar tempatan seperti Tamil Nesan; Tamil Murasu, Malai Naadu, dan Malayan Times.Usaha-usaha ini akhirnya membuahkan hasil kerana bilangan meningkat secara drastik .Pada tahun 1961, lumlah pemegang saham adalah seramai 5152 orang.Bilangan ini telah meningkat kepada 22000 orang pada tahun 1962 , dan seterusnya meningkat lagi kepada 28 000 orang padatahun 1963 dan akhirnya pada tahun 1964 bilangan ini telah mencecah 30 000 orang dan berjaya memiliki ladang seluas 9000 ekar.Pada awalnya NLFCS telah membeli  Ladang Bukit Siddim di Kulim, Kedah yang mempunyai keluasan 2914 ekar dan berjumlah $3 419 918.Seterusnya NLFCS telah menjadi semakin kukuh serta membeli 19 buah ladang di seluruh negara  dengan anggaran keluasan sebanyak 31219 ekar yang bernilai $ 24 500 000.NLFCS bukan sahaja berjaya membolehkan masyarakat India untuk memiliki tanah bahkan turut membuka peluang pekerjaan yang kepada buruh-buruh India.

        Sementara dari segi sosial pula, pelbagai masalah dihadapi oleh masyarakat  India.Antara salah satu maslah yang sangat serius adalah ketagihan todi dan arak. Arak telah lama digunakan oleh British sebagai medium untuk menarik buruh India untuk bekerja di ladang-ladang getah.Pekerja-pekerja estet akan dibekalkantodi pada waktu pagi dan petang dengan harga yang murah.Pekerja-pekerja yang penat bekerja menggunakan kesempatan harga yang murah untuk meminumnya dengan lebih kerap. Selain itu, penguat kuasaan undang-undang yang longgar mengenai penjualan alkohol telah merumitkan lagi keadaan.Kesannnya buruh ladang terpaksa membazir duit untuk membeli arak dan todi.Hal ini seterusnya memberi kesaan kepada perbelanjaan sekolah anak-anak, masalah suami mabuk pukul isteri, kegoyahan institusi kekeluargaan, dan lain-lain lagi.

...

...

Download as:   txt (11 Kb)   pdf (83.9 Kb)   docx (11.8 Kb)  
Continue for 6 more pages »
Only available on Essays24.com