Essays24.com - Term Papers and Free Essays
Search

Ancaman Khinzir Terhadap Kesihatan Manusia

Essay by   •  November 8, 2016  •  Case Study  •  4,264 Words (18 Pages)  •  837 Views

Essay Preview: Ancaman Khinzir Terhadap Kesihatan Manusia

Report this essay
Page 1 of 18

PENGENALAN

Khinzir merupakan sejenis haiwan ciptaan Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud “Dialah (Allah) yang menjadikan kamu segala yang ada di bumi.” (Surah al-Baqarah, Ayat 29) Khinzir termasuk dalam golongan keluarga dari spesies Artiadactyla. Khinzir hidup di semua benua kecuali Antartika. Terdapat beberapa baka ternakan khinzir dalam dunia, antaranya baka Berkshire, baka Duroc, baka Hampshire, baka Yorkshire atau Large White dan banyak lagi. Babi atau khinzir adalah sejenis haiwan yang bermuncung panjang dan berhidung leper serta dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. Ia juga dikenali sebagai khinzir iaitu terbitan daripada perkataan Arab. Selain itu, khinzir adalah salah satu mamalia yang paling pintar dan dikatakan lebih pintar serta mudah dipelihara berbanding dengan anjing dan kucing. Melalui kajian yang dijalankan, terdapat pelbagai jenis-jenis khinzir di dalam dunia dan ancaman khinzir terhadap kesihatan manusia dari segi saintifik iaitu mengkaji penyakit-penyakit yang timbul dan virus-virus dari khinzir dan agama yang telah mengharamkan khinzir. Kajian dijalankan juga adalah untuk mengetahui kenapa agama Islam mengharamkan daging khinzir.

DEFINISI KHINZIR

Dari segi linguistik dalam bahasa Melayu disebut babi dan ia dikatakan salah satu daripada tiga kosa kata asli bahasa Melayu iaitu babi, padi dan besi. Perkataan lain yang pernah dipopularkan pada satu masa dulu ialah khinzir iaitu bahasa Melayu yang telah dipinjamkan daripada bahasa Arab. Anak babi telah disebut nangoi. Babi hutan disebut sebagai babi baran. Dalam bahasa Arab mufradnya disebut khinzir manakala jamaknya pula disebut khanazir. Dalam bahasa Inggeris, pada umumnya disebut pig atau swine. Mengikut bahasa saintifik pula telah disebut sebagai Suidae. Babi betina dewasa disebut sow manakala babi jantan pula telah disebut boar. Wild boar pula bermaksud babi hutan manakala bagi anak babi disebut piglet.



 JENIS-JENIS KHINZIR

Terdapat banyak jenis-jenis khinzir yang hidup di dunia. Namun begitu, khinzir mempunyai baka-baka yang berbeza dan berlainan bagi setiap negara. Antara jenis-jenis khinzir dan ciri-ciri fizikal dapat disimpulkan seperti berikut :

Landrace

Khinzir jenis Landrace berasal daripada negara Denmark. Ia adalah kacukan antara Large White hog dari England dengan khinzir asli dan terdiri daripada warna putih. Struktur badan khinzir Landrace ialah berbadan panjang dengan mempunyai 16-17 pasang tulang rusuk dan belakang yang hampir rata. Kepala khinzir ini adalah panjang dan agak sempit serta telinga berat dan rapat ke muka. Ibu khinzir cepat membesar dan berkebolehan untuk mengeluarkan susu yang banyak selepas 5 minggu menyusu.

Yorkshire

Khinzir jenis ini berasal dari negara England. Khinzir ini dikatakan mempunyai banyak daging kerana membesar lebih dari 3lbs/hari dengan purata penukaran makanan sebanyak 1.94.

Angeln Saddleback

Negara asal khinzir jenis Angeln Saddleback adalah Angeln, Northern, Germany. Khinzir ini adalah kacukan diantara Landrace hitam dan putih dengan Wassex-Sanddleback. Saiz badan adalah besar dengan berat bagi khinzir jantan adalah sebanyak 350 kg manakala khinzir betina sebanyak 300 kg. Khinzir ini dikatakan hampir pupus kerana baka yang kurang.

Baxuyen

Khinzir in adalah berasal daripada negara Vietnam iaitu daripada Mekong River Delta, Vietnam Selatan. Baxuyen adalah campuran daripada Berkshire dengan Boxu. Badannya adalah pendek dan mempunyai tompokan hitam dan putih yang hampir sama. Telinga bersaiz sederhana dan mempunyai kaki yang kecil. Berat mencecah 100kg apabila berumur 12 bulan serta purata anak yang lahir ialah 8 ekor.

Bazna

Khinzir jenis ini adalah berasal dari negara Romania iaitu di daerah Tengah Transylvania. Khinzir ini kacukan daripada Berkshire dan Mangalista. Ianya juga telah diperbiaiki lagi dengan baka Wessex dan Hampshire. Warna khnzir ini adalah hitam dengan lilitan putih di bahagian tubuh di bahu dan termasuk kaki depan. Lebar lilitan ialah sehingga 30 cm hingga 40 cm. Bulu agak lebat, licin, sedikit kerinting dengan purata panjang sebanyak 4cm. Berat ibu dewasa ialah sebanyak 160 kg hingga 180 kg manakala bagi jantan pula 180 kg hingga 220 kg.

Betheim Black Pied

Khinzir ini berasal dari Jerman Utara juga telah dikenali sebagai Buntes Beitheimer Schwein. Khinzir ini adalah kacukan baka tempatan dengan Berkshire dengan Cornwalls. Berbadan putih dengan tompokan hitam di dalam cecincin kelabu. Bersaiz sederhana dengan berat bagi jantan 250 kg manakala betina 180 kg. Ianya tahan lasak dan panjang umur. Baka ini jarang didapati dan telah dikatakan hampir pupus.

Duroc

Negara asal adalah Eastern United States. Asalnya dikenali sebagai Duroc-Jersey. Khinzir ini mempunyai pelbagai warna iaitu dari warna keemasan yang terang, kekuningan sehinggalah warna merah gelap.

Gluocestire Old Spots

Berasal daripada negara Berkeley Valley, England, khinzir ini pada satu ketika dahulu dipanggil “Babi Dusun” kerana telah dipelihara di ladang epal dan tempat dadih susu dibuat. Warna khinzir ini adalah hitam dan putih tetapi kebanyakannya adalah putih. Telinga khinzir adalah berat dan terlentok.

Hampshire

Merupakan salah satu baka Amerika yang tertua. Mempunyai nama yang pelbagai termasuk Thin Rind, McKay, McGee, Saddleback dan Ring Middle. Berwarna hitam dengan lingkaran putih serta terkenal dengan badan yang besar.

Hezuo

Khinzir jenis Hezuo ini adalah berasal dari daerah Plateau iaitu di negara China. Ianya mempunyai bulu yang panjang, kasar dan lebat. Kadar tumbesaran adalah perlahan dan kadar daya berkembang biak adalah rendah.

Krskopelje

Negara asal adalah dari negara Slovenia yang juga dikenali sebagai “Babi bertali pinggang hitam”. Bahagian belakang badan selalunya hitam dan bahagian depan pula keputih-putihan iaitu berupa bentuk jaluran lebar berwarna putih mengelilingi badan. Kepala yang rata dengan telinga besar yang bergantung. Berat khinzir ini adalah antara 250 kg hingga 300 kg.

Kunekune

Khinzir ini dikatakan lebih kecil berbanding khinzir lain. Ia mempunyai kaki yang pendek, badan yang pendek dan bulat. Muncung juga pendek dan menogak ke atas. Ciri yang ketara bagi khinzir ini ialah mempunyai rambut yang panjang sehingga 4cm yang tergantung dari rahang ke bawah. Warnanya termasuklah hitam, hitam dan putih, putih, keemasan dan perang.

Large Black-White

Negara asal adalah China. Khinzir ini berbulu hitam dan tompok putih. Belakang yang cengkung sedikit dan labuh serta perut yang terlentok. Baka ini adalah cepat matang. Pertama kali dibiak pada umur 3 hingga 4 bulan dan mempunyai daya berkembang biak yang banyak dengan 13 ekor anak/kelahiran.

...

...

Download as:   txt (30.6 Kb)   pdf (215.9 Kb)   docx (23.4 Kb)  
Continue for 17 more pages »
Only available on Essays24.com
Citation Generator

(2016, 11). Ancaman Khinzir Terhadap Kesihatan Manusia. Essays24.com. Retrieved 11, 2016, from https://www.essays24.com/essay/Ancaman-Khinzir-Terhadap-Kesihatan-Manusia/71785.html

"Ancaman Khinzir Terhadap Kesihatan Manusia" Essays24.com. 11 2016. 2016. 11 2016 <https://www.essays24.com/essay/Ancaman-Khinzir-Terhadap-Kesihatan-Manusia/71785.html>.

"Ancaman Khinzir Terhadap Kesihatan Manusia." Essays24.com. Essays24.com, 11 2016. Web. 11 2016. <https://www.essays24.com/essay/Ancaman-Khinzir-Terhadap-Kesihatan-Manusia/71785.html>.

"Ancaman Khinzir Terhadap Kesihatan Manusia." Essays24.com. 11, 2016. Accessed 11, 2016. https://www.essays24.com/essay/Ancaman-Khinzir-Terhadap-Kesihatan-Manusia/71785.html.