Essays24.com - Term Papers and Free Essays
Search

Kenegeraan

Essay by   •  December 10, 2016  •  Essay  •  284 Words (2 Pages)  •  1,027 Views

Essay Preview: Kenegeraan

Report this essay
Page 1 of 2

1.0 PENDAHULUAN

Muzium Diraja Kedah ialah bangunan istana lama yang pernah diduduki oleh beberapa orang Sultan Kedah. Terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada istana ini seperti Istana Kota Setar, Istana Mak Wan Besar, Istana Pelamin atau Rumah Pelamin. Istana ini dibina oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azzam Shah II, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778) pada tahun 1736. Bangunan istana ini pernah mengalami kerosakan beberapa kali akibat serangan Tentera Bugis (1770) dan Tentera Siam (1821). Pada tahun 1983, istana ini dibaik pulih dan dijadikan Muzium Diraja sempena dengan perayaan menyambut Jubli Perak pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan dirasmikan oleh baginda pada 25 Julai 1983. (Abdul Halim, 2006)

Muzium ini terletak di Medan Bandar, Alor Setar, Kedah. Muzium ini dibuka setiap hari kepada pengunjung iaitu bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang kecuali hari Jumaat ditutup sementara. Hal ini bagi membolehkan para muslimin untuk menunaikan solat Jumaat iaitu dari pukul 12.30 tengah hari sehingga 2.30 petang. Pengunjung dibenarkan masuk secara percuma. Perkara ini bagi menggalakkan kehadiran lebih rama pengujung untuk mengunjungi muzium ini disamping mendapat ilmu mengenai warisan diraja Kedah. Muzium ini ditutup sewaktu cuti am seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. (Muzium Diraja, 2014)

Antara pameran yang dipamerkan di sini adalah seperti koleksi khazanah warisan peribadi KDYMM Tunku Sultan Adul Halim Mu’adzam Shah serta koleksi yang diperoleh daripada kerabat Diraja Negeri Kedah dan kebesaran berkaitan kesultanan dan latar belakang pemerintahan Diraja Negeri Kedah Darul Aman diabadikan. Antara barangan yang dipamerkan ialah seperti Talam Buah Perak Berukiran, Toko Perak Berlambang dan aksesori-aksesori perkahwinan seperti dokoh, kerongsang dan cucuk sanggul. Selain itu, peristiwa-peristiwa seperti “Perkahwinan Bersejarah Tahun

...

...

Download as:   txt (2 Kb)   pdf (40.9 Kb)   docx (8.3 Kb)  
Continue for 1 more page »
Only available on Essays24.com