Essays24.com - Term Papers and Free Essays
Search

Zaman Renaissance (in Malay)

Essay by   •  December 10, 2016  •  Essay  •  1,257 Words (6 Pages)  •  1,400 Views

Essay Preview: Zaman Renaissance (in Malay)

Report this essay
Page 1 of 6

Tugasan 1

        Zaman Renaissance ialah zaman dimana masyarakat Eropah mengalami kebangkitan setelah berlalunya Zaman Gelap yang berlaku pada peringkat awal Zaman Pertengahan pada 476 Masihi. Kemerosotan yang berlaku dalam bidang ekonomi,perdagangan dan kehidupan perbandaran telah menyebabkan seluruh Eropah jatuh dan mengalami Zaman Gelap. Antara faktor utama timbulnya Zaman Gelap ialah kerana kegiatan Ekonomi yang terhad, kelembapan perkembangan ilmu pertengahan,sifat gereja yang mengongkong dan pusat pemerintahan yang lemah.

Namun begitu, masyarakat masyarakat di Eropah pada waktu ini telah memainkan peranan yang aktif untuk membangunkan semula Eropah. Gereja gereja telah mula memainkan peranan mereka sebagai institusi yang universal seta sebagai salah satu institusi ejen penyatuan. Para penduduk juga telah bersatu dalam menggiatkan aktiviti aktiviti pertanian dan perdagangan untuk menyumbang kepada sumber ekonomi agar bertambah pesat. Kemunculan para pedagang Eropah yang ke luar berdagang semakin bertambah maju dan para pedagang luar juga turut berdagang di Eropah.

 Masyarakat juga turut menyumbang kepada kadar kelahiran untuk penambahan penduduk. Ciri masyarakat ini telah mewujudkan bandar baru seperti Venice,Milan dan Florence. Kewujudan Bandar baru ini telah menjadikan kawasan kawasan nya sebagai pelabuhan utama dan membangkitkan semula percambahan ekonomi di Eropah. Setelah itu,muncul Zaman Renaissance yang telah memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penghargaan terhadap ilmu yang telah dihasilkan cendikiawan Eropah dan juga pejuang seni. Zaman ini menekan kan asas keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahan dan kesedaran inkuiri dalam diri masyarakat.

 Pada Zaman Renaissance, aktiviti edagang telah menimbulkan golongan kaya yang banyak menyumbang kepada keindahan Bandar utama dan sejurus menarik tumpuan para cendekiawan dan seniman. Kebangkitan ilmu ilmu cendekiawan dan juga kewujudan seniman telah menyebabkan ianya tersebar ke seluruh empayar Eropah dan menyumbang kepada kesedaran ‘Enlightenment’ di Eropah.

Pembangunan falsafah semakin berkembang maju ke seluruh Bandar dan telah mengubah konsep pemikiran masyarakat dalam kegiatan social dan politik. Kesedaran pembangunan ini telah melibatkan kebijaksanaan kesedaran , kebudayaan, kepercayaan , kefahaman dan lain lain. Dua tokoh pemikir konsep Enlightenment ini telah dibawa oleh Thomas Hobbes dan John Locke pada tahun 1600 an yang mengaskan tentang keagungan ilmu manusia sejurus memperbaharui pemikiran tentang budaya tradisional mereka. Masyarakat Eropah menekankan konsep ‘Reason’ dan ‘Rasionality’ yang memainkan ciri penting dalam konsep ‘Enlightment’.

Kesan positif Zaman Renaissance ini dalam bidang politik ialah kemunculan monarki baru yang diasaskan kepada kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan bangsa. Kekuasaan monarki turut diperkuatkan dengan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan. Apabila kuasa raja bertambah kukuh, kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan semakin lenyap. Dalam bidang ekonomi pula, kegiatan ekonomi sara diri semakin pupus dan perdagangan pada peringkat antarabangsa semakin meluas dan berkembang. Hal ini telah meningkatkan lagi kekukuhan ekonomi empayar Eropah. Dalam bidang sosial pula, perubahan pemikiran manusia turut berubah kepada sifat yang lebih terbuka. Pengzahiran emosi atau perasaan ini telah dicerminkan dalam muzik,lukisan dan ukiran yang dihasilkan. Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logic,sainstifik, falsafah dan metafizik.

Terdapat juga kesan negatif yang berlaku pada Zaman Renaissance ini. Antaranya ialah semangat inkuiri yang kuat di kalangan masyarakat telah mewujudkan golongan golongan aktivis yang memperjuangkan hak hak tersendiri. Ketidakfahaman politik turut memecah belahkan kesatuan antara masyarakat masyarakat minoriti. Selain itu, turut berlaku penindasan terhadap golongan minoriti kerana golongan bangsawan dan cendekiawan disanjung tinggi oleh masyarakat dan menyebabkan kebajikan mereka kurang terjaga oleh kerana kepesatan ekonomi yang berlaku.

Tugasan 2

        Perasaan saya hari ini amat gembira kerana saya merasakan hari ini hari yang bermakna berbanding hari hari yang biasa. Seperti biasa hari saya dimulakan dengan solat fardhu subuh dan mula bersiap untuk ke kelas. Seperti yang dijadualkan , kelas yag diatur bermula 8.30 pagi sehingga 2.30  tengahari berlalu seperti biasa. Perasaaan gembira itu timbul setelah saya saya terima panggilan daripada keluarga yang mengatakan mereka akan datang ke Pulau Pinang untuk hadir majlis aqiqah anak saudara yang baru lahir. Saya yang sememangnya berhasrat untuk hadir ke majlis tersebut bersama rakan berasa teruja apabila terima panggilan itu. Hal ini kerana saya yang menetap di Kuantan,Pahang dan menuntut di menara gading di Sintok,Kedah ini, sudah lama tidak berjumpa ahli keluarga dan juga saudara mara . Hal ini kerana sudah berapa kali saya ketinggalan untuk melancong bersama sama keluarga besar oleh kerana menuntut di Universiti Utara Malaysia.

        Jelas sekali perasaan gembira saya ini disebabkan pemikiran saya yang positif setelah terima panggilan itu.Hubungan kekeluargaan amat penting dalam memotivasikan emosi kita. Hal ini menimbulkan rasa menghargai dan dihargai oleh kerana ukhwah yang terjalin antara keluarga sejurus menimbulkan sifat positif dalam diri kita . Niat baik yang timbul selepas itu terasa amat ikhlas oleh kerana wujudnya entity entiti positif dalam diri kita. Secara psikologinya, pepatah pernah mengatakan ‘budi yang baik dibalas baik’, hal ini menyimpan maksud yang tersirat iaitu sesuatu perbuatan mahupun perlakuan baik yang memanfaatkan orang lain akan dibalas dengan perbuatan dan perlakuan baik yang sama.

...

...

Download as:   txt (8.6 Kb)   pdf (77.7 Kb)   docx (8.8 Kb)  
Continue for 5 more pages »
Only available on Essays24.com
Citation Generator

(2016, 12). Zaman Renaissance (in Malay). Essays24.com. Retrieved 12, 2016, from https://www.essays24.com/essay/Zaman-Renaissance-in-Malay/72752.html

"Zaman Renaissance (in Malay)" Essays24.com. 12 2016. 2016. 12 2016 <https://www.essays24.com/essay/Zaman-Renaissance-in-Malay/72752.html>.

"Zaman Renaissance (in Malay)." Essays24.com. Essays24.com, 12 2016. Web. 12 2016. <https://www.essays24.com/essay/Zaman-Renaissance-in-Malay/72752.html>.

"Zaman Renaissance (in Malay)." Essays24.com. 12, 2016. Accessed 12, 2016. https://www.essays24.com/essay/Zaman-Renaissance-in-Malay/72752.html.